
SARIKEI: Pihak bomba menjalankan rondaan pemantauan di empat kawasan rendah berisiko banjir di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik, pemantauan dijalankan oleh pihaknya ketika hujan.
“Rondaan pemantauan dijalankan di Jalan Cempaka, Jalan Rambai, Jalan Allamanda dan Jalan Ixora.
“Pemantauan bermula pada 10.00 pagi hingga 10.35 pagi,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, keadaan semasa paras air di setiap kawasan yang dipantau adalah terkawal.
“Air sedang surut semasa rondaan pemantauan dijalankan oleh dua anggota bomba.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek