BINTANGOR: Dua kawasan rendah berisiko banjir telah dipantau oleh pihak bomba di sini petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, rondaan pemantauan dijalankan bermula jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang.
“Dua kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Lemayong dan Jalan Nanga Stras,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pemantauan tersebut adalah sempena musim monsun timur laut (MTL).
“Keadaan paras air di dua kawasan rendah ini dalam keadaan baik dan terkawal.
“Semasa pemantauan, cuaca baik dan air sungai sedang surut,” katanya.