Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba musnahkan sarang tebuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba musnahkan sarang tebuan

Utusan Sarawak 7 months ago

DIMUSNAHKAN....Sarang tebuan berjaya dimusnahkan oleh anggota bomba, malam tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sarang tebuan di atas pokok kelapa sawit di Jalan Bakong di sini telah dimusnahkan oleh pihak bomba, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi bantuan memusnahkan sarang tebuan tersebut pada jam 6.48 petang. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh PBK II Hilary Pitre Ambit bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada pada ketinggian kira-kira tiga meter di atas pokok kelapa sawit,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, anggota bomba menggunakan colok api dan galah untuk memusnahkan sarang itu.

“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 14 minit. 

“Operasi memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada jam 7.19 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 71 penghuni 23 pintu rumah panjang terjejas akibat banjir
Next: Dewan Masyarakat Kampung Pemukat Kuala Lawas perlu dibina baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.