Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba musnahkan sarang serangga berbisa
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba musnahkan sarang serangga berbisa

Utusan Sarawak 1 month ago
OPERASI….Operasi memusnahkan sarang serangga berbisa oleh pihak bomba, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sarang serangga berbisa yang ditemui di bumbung rumah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang berjaya dimusnahkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, malam tadi.

Menurut Ketua BBP Bintangor Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 malam.

“Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Bakar Ujang bersama tiga anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat sarang serangga berbisa di bumbung rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, operasi memusnahkan sarang serangga berbisa dijalankan dengan menggunakan pencolok api dan penyembur racun serangga.

“Operasi yang bermula 8.53 malam ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Impian warga daerah Meradong miliki kolam renang jadi kenyataan
Next: Penambahan peruntukan bagi penambahbaikan kemudahan SMK Tinggi Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.