Bomba Komuniti langkah proaktif JBPM

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
RASMI… Ir. Yusuf Abd Wahab memotong reben sebagai simbolik pe- rasmian Majlis Penutupan Penubuhan Bomba Komuniti dan Fire Point di Sarikei. • Foto Ihsan BBP Tanjung Manis

SARIKEI: Penubuhan pasukan Bomba Komuniti merupakan langkah proaktif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam memastikan masyarakat seluruh negara dapat dihindarkan daripada pelbagai bahaya kebakaran terutamanya kediaman penduduk.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, tujuan utama penubuhan pasukan Bomba Komuniti adalah supaya masyarakat sesebuah kampunh dapat didedahkan dengan tatacara pengendalian kejadian kebakaran.

“Bomba Komuniti diberi pengetahuan membuat panggilan kecemasan, tatacara menyampaikan maklumat yang tepat semasa melaporkan kes kecemasan.

“Selain itu, mereka diberi pengetahuan peranan dan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas operasi pemadaman dan penyelamatan berakhir, perkara asas melawan kebakaran dan cara-cara pencegahan kebakaran di rumah kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Penubuhan Bomba Komuniti dan Fire Point, di sini semalam.

Tambahnya, beliau percaya penyampaian seperti itu amat efektif.

“Ia perlu diteruskan sehingga kesedaran masyarakat khususnya sampai ke tahap memuaskan.

“Semoga semua peserta yang mengikuti kursus ini dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan,” ujarnya.

Oleh EARL ANEK

Ilmu, AI penentu kemajuan masa depan

SIBU: Kekayaan sumber semula jadi bukan lagi jaminan kejayaan sesebuah negara pada masa depan, sebaliknya ilmu pengetahuan, teknologi dan kecerdasan