Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemaskini: Polis kenal pasti mayat terapung
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemaskini: Polis kenal pasti mayat terapung

Utusan Sarawak 3 months ago
PASUKAN BOMBA….Menjalankan khidmat khas mengangkat mayat terapung di Sungai Rajang, petang semalam.

KANOWIT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu menjalankan khidmat khas mengangkat mayat terapung di Sungai Rajang, petang semalam.

Ketua JBPM Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khidmat khas mengangkat mayat pada jam 4.53 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kanowit digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati satu jasad terapung di Sungai Rajang. Pasukan bomba bersama pihak polis menggunakan bot penduduk awam untuk ke tengah sungai membawa mayat tersebut ke jeti Kanowit.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis, dan operasi khidmat khas tersebut tamat pada jam 5.50 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Dennis Bunyam telah mengesahkan penemuaan mayat tersebut.

Menurutnya, mayat tersebut dipercayai mayat seorang lelaki dikenali sebagai Lau Kim Hock, 29, yang dilaporkan terjatuh & hilang di Sungai Rejang pada 16 Januari lalu. 

“Penemuan mayat lebih kurang 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Ahli keluarga mangsa juga telah mengesahkan dan membuat pengecaman terhadap mayat tersebut,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, pemeriksaan pihak polis dan pegawai perubatan mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah. 

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Continue Reading

Previous: Petronas bantu prasekolah, PPKI SK Asyakirin terkesan banjir
Next: 32 kanak-kanak dapat khidmat gunting rambut percuma, wang saku sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.