
LAPORAN hebahan orang hilang. Foto PDRM
KOTA SAMARAHAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Balai Polis Kota Samarahan menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 44 tahun itu kira-kira 9.28 pagi, hari ini.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Azizul bin Median, berbangsa Melayu. Menurutnya, mangsa kali terakhir dilihat pada 14 Julai 2026, kira-kira 3.30 petang, di No. 84, Kampung Pinang, 94300 Kota Samarahan.
Dalam kenyataan media hari ini, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju T berwarna putih dan dipercayai menggunakan sebuah motosikal Honda Wave berwarna merah bernombor pendaftaran QAA 5744 B.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi Balai Polis Kota Samarahan di talian 082-662101, Bilik Gerakan IPD Kota Samarahan di talian 082-662300, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu mengesan mangsa dengan segera.
Oleh Afiq Sallehi


