Menyedari keperitan dan kesusahan dilalui rakyat akibat pandemik Covid-19, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 pada 23 Mac 2020 diikuti BKSS 2.0 pada 10 April 2020.
Secara keseluruhannya, kedua-dua pakej ini yang berjumlah RM2.25bilionbertujuan meringankan beban kewangan rakyat, para peniaga dan industri, akibat wabak Covid-19.
Pada Mei 2020, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan BKSS 3.0 yang mengandungi 7langkahtambahanyang lebih inklusif untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.
Pakej BKSS 3.0 melibatkan suntikan dana berjumlah RM300 juta kepada ekonomi Sarawak. Suntikan dana ini merupakan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sepenuhnya.
Di bawah pakej BKSS 4.0 pula, Kerajaan Sarawak menggariskan tujuh inisiatif bagi mengurangkan kesan pandemik Covid-19. Keseluruhan peruntukan disediakan dalam pelaksanaan tujuh inisiatif berjumlah RM104.84 juta.
Di bawah BKSS 5.0, kerajaan memutuskan 11 langkah bagi membantu rakyat Sarawak. Ketua Menteri Sarawak mengumumkan BKSS) 5.0 ‘Meringankan Beban Rakyat’.
Kerajaan Negeri berharap pakej BKSS 5.0 yang berjumlah RM405 juta dapat membantu meringankan beban seluruh rakyat Sarawak hingga Jun.
Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kemudiannya mengumumkan 15 langkah BKSS 6.0 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat pelaksanaan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Abang Johari menegaskan, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah bantuan tunai BKSS bagi Kategori Bujang dan Isi Rumah serta enam langkah pemberian diskaun.
Pengumuman pakej BKSS 6.0 oleh Kerajaan Sarawak menerusi 15 langkah berupa penerusan kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan PKP yang berkuat kuasa 29 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021.
Pakej tersebut merangkumi 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun.
BKSS 7.0 pula menyediakan bantuan kewangan RM10,000 (one-off) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021, kepada lebih kurang 40,000 perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Manakala, dalam BKSS 8.0 yang bernilai RM285.47 juta melibatkan bantuan secara tunai dan bantuan-bantuan bukan tunai bagi membantu mengurangkan beban rakyat dimana ia merangkumi enam bulan pertama 2022.
Kemudian yang terbaharu ialah BKSS 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.
Empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.
Langkah yang proaktif dan pantas kerajaaan ini cerminan keprihatinan dan kepekaan Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Abang Jo.
Keprihatinan menterjemahkan semangat ‘kesatuan’ dalam konteks ‘Sarawakku Sayang’ di samping pencitraan imej kekeluargaan yang erat.