Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik sewa musnah terbakar, struktur kedai hampir setengah rosak akibat asap
  • KEBAKARAN

Bilik sewa musnah terbakar, struktur kedai hampir setengah rosak akibat asap

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Sebuah bilik sewa di lot kedai Jalan Wan Alwi musnah dalam kebakaran petang tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi, Pandi Seh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.25 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran melibatkan tempat sembahyang, termasuk meja dan alat tulis, di dalam bilik berkeluasan 3 x 4 meter.

“Bilik tersebut terbakar 100 peratus, manakala struktur kedai 50 peratus rosak akibat asap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Api telah berjaya dipadamkan oleh penghuni premis menggunakan satu unit alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba.

Pihak bomba hanya menjalankan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api sebelum operasi ditamatkan.

Oleh Amanda L.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Masakan tanpa pengawasan terbakar, remaja dilaporkan selamat
Next: Stor simpan kayu lama musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.