Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bicara komuniti virtual 10 Ogos ini
  • TEMPATAN

Bicara komuniti virtual 10 Ogos ini

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan bicara komuniti secara virtual yang mana wawancara eksklusif dengan seorang penternak lebah kelulut, Michael Sabang pada 10 Ogos ini.

Tujuan ceramah ini adalah untuk mengetengahkan tentang penternakan lebah kelulut yang beliau lakukan sehingga mencecah 200 sarang lebah setakat ini.

Pustaka Miri menerusi satu kenyataan berkata, wawancara itu akan disiarkan bermula 10 pagi yang mana Michael yang juga merupakan  seorang bekas pengetua akan berkongsi khasiat madu kelulut yang diyakini dapat membantu meningkatkan kesihatan kita, terutama bagi pesakit kencing manis.

Katanya, sesi ini boleh dilihat di platform media sosial Pustaka iaitu melalui  facebook (pustaka.sarawak) & saluran Youtube(PustakaSarawak).

“Michael akan berkongsi bagaimana beliau memulakan sarang kelulut pertamanya sehingga ia berkembang menjadi lebih dari 200 sarang pada masa ini.

“Beliau juga akan berkongsi pengetahuannya tentang cara membiak lebah kelulut di rumah dengan lebih berkesan,” katanya.

Katanya, produk madu Micheal juga dibeli oleh orang awam yang menderita penyakit strok, hepatitis, barah dan darah tinggi,” katanya.

Menurutnya, secara statistiknya, Miri memiliki populasi pesakit kencing manis terbesar di Sarawak dan Michael mengatakan bahawa madu kelulut mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan danjuga sebagai sumber vitamin.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi pustakawan Pustaka di talian 085-422525 atau whattsapp ke 011-5882-0533.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang
Next: JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.