Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Berkorban demi keselamatan keluarga
  • TEMPATAN

Berkorban demi keselamatan keluarga

Utusan Sarawak 4 years ago
PENGORBANAN BERSAMA… Datuk Amar Awang Tengah memohon semua bekerjasama dan sedia berkorban demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat dalam memerangi Covid- 19.

LAWAS: Anak tempatan yang bekerja di luar daerah khususnya di kawasan yang telah dilanda varian Delta Covid-19 dinasihati agar tidak balik dahulu ke Lawas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menjelaskan, mereka ini perlu berkorban demi keselamatan keluarga masing-masing.

“Saya nasihatkan mereka yang bekerja di Labuan atau Sabah supaya mendapatkan vaksinasi di mana-mana sahaja lokasi mereka bekerja.

Tidak perlulah balik dulu sehingga mereka benar-benar bebas daripada sebarang jangkitan dan ini adalah demi keluarga mereka yang tersayang,” tambahnya ketika ditemui media selepas sesi taklimat Pandemik Covid-19 di Majlis Daerah Lawas semalam.

Turut mengiringi beliau ialah Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana(SDMC) Bahagian Limbang, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan kenamaan tempatan lainnya.

Awang Tengah juga menasihatkan pekerja  sektor minyak dan gas di Miri, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan dimana sahaja untuk mendapatkan dos lengkap vaksin Covid-19 sebelum memohon balik ke Lawas.

Semua pihak perlu patuh pada garis panduan dan  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak SDMC demi kepentingan bersama dan tanggungjawab kepada keluarga serta masyarakat.

Ini berikutan penemuan varian delta covid-19 di Miri, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Terdahulu Awang Tengah menghadiri mesyuarat dengan Lembaga Amanah khairat Islam Lawas di Bangunan LAKHIL disusuli penyampaian geran MRP kepada jawatankuasa masjid dan surau daerah Lawas.

Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan UKAS kepada surau-surau dan masjid di Lawas berupa mesin pembasmi kuman.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: “Wanita Tidak Dikenali” dalam Sejarah Sarawak
Next: Dana Bantuan Anti-Pandemik kumpul RM380,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.