Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bergaduh, suami isteri didenda RM2,000
  • JENAYAH

Bergaduh, suami isteri didenda RM2,000

Utusan Sarawak 2 years ago
Suami isteri mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dirangka mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah oleh Mahkamah Majistret hari ini akibat bergaduh dan menyebabkan kecederaan antara satu sama lain minggu lepas di sebuah rumah di Kampung Semerah Padi sekitar 6.30 pagi, 23 Jun lalu.

KUCHING: Mahkamah majistret di sini hari ini meletakkan pasangan suami isteri dengan ikatan damai selama enam bulan sebanyak RM2,000 akibat bergaduh dan menyebabkan kecederaan antara satu sama lain minggu lepas.

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dirangka mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Semerah Padi sekitar 6.30 pagi pada 23 Jun lalu apabila isteri meminta wang untuk membeli lampin bayi mereka.

Menurut laporan polis, isteri mendakwa suami menampar kepala dan memukul badannya, menyebabkannya terjatuh ke atas motosikal lalu rebah ke tanah.

Bagaimanapun, suami membuat laporan polis pada hari sama, mendakwa isteri telah memukulnya ketika meminta wang.

Suami juga mendakwa selepas menyerahkan RM50 kepada isteri, motosikal miliknya telah ditolak sebelum keluar dari rumah.

Siasatan mendedahkan bahawa pasangan itu masing-masing mengalami kecederaan ringan semasa pergaduhan mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.

Oleh Nickelyson Lakun  

Continue Reading

Previous: Peniaga rugi RM231,792 angkara tukang tilik palsu
Next: Sesiapa sahaja boleh mohon jadi pelajar OUM termasuk banduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.