KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengadakan majlis penutupan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra (KJM) DBKU 2023, bertempat di Hotel Raia, di sini.
Program ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan.
Matlamat bengkel selama tiga hari sejak Isnin lalu adalah untuk menghimpunkan semua komuniti setempat di bawah pentadbiran DBKU dengan tujuan untuk membincangkan hala tuju KJM pada 2023.
Ia juga bertujuan melahirkan KJM yang bertanggungjawab untuk membangunkan komuniti masing-masing agar bijak mengatur strategi untuk bersaing secara sihat.
Ini juga akan menjadikan KJM yang cemerlang melalui sesi percambahan minda menerusi pelbagai aktiviti yang telah dimuatkan di dalam Bengkel Pemerkasaan KJM DBKU 2023.
Di samping itu, bengkel ini merupakan platform yang mantap untuk perserta bengkel bersuai kenal dengan pegawai dan jabatan serta agensi yang terlibat.