Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Benarkan 17 penumpang setiap penerbangan
  • GLOBAL

Benarkan 17 penumpang setiap penerbangan

Utusan Sarawak 5 years ago
UNITED Airlines dijangka mengurangkan pekerja di peringkat pengurusan dan pentadbiran sebanyak 30 peratus pada Oktober apabila dana bantuan kerajaan habis digunakan.

AMERIKA SYARIKAT: Jumlah pengembara dalam negara di Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras yang sangat rendah dalam masa berdekad lamanya.

AFP melaporkan pada Sabtu, secara purata hanya 17 orang berada dalam sesebuah pesawat untuk perjalanan dalam negara.

Jumlah mereka yang melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang juga jatuh 93 peratus berbanding tempoh setahun sebelum ini.

Susulan itu, syarikat penerbangan utama termasuk United Airlines terpaksa mengurangkan jadual penerbangan dan meningkatkan langkah keselamatan bagi melindungi penumpang dan pekerja daripada wabak Covid-19.

Ini termasuk membekalkan topeng muka kepada pekerja dan kakitangan lapangan terbang dan pesawat, serta penumpang.

United Airlines juga akan meningkatkan pembersihan kabin pesawat.

Syarikat penerbangan itu dijangka mengurangkan pekerja di peringkat pengurusan dan pentadbiran sebanyak 30 peratus pada Oktober apabila dana bantuan kerajaan habis digunakan.-AFP

Continue Reading

Previous: Pakistan longgarkan sekatan pergerakan
Next: Kes positif seluruh dunia cecah 4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.