Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia SABERKAS Daro agih bakul makanan kepada golongan memerlukan
  • Tengah
  • WILAYAH

Belia SABERKAS Daro agih bakul makanan kepada golongan memerlukan

Utusan Sarawak 4 months ago

DARO: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) cawangan Daro menerusi Program SABERKAS Prihatin telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan Daro, petang semalam.

Penganjuran program tersebut adalah sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, sumbangan bakul makanan disampaikan kepada golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat Cina, khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar pekan Daro, perkampungan Cina, Kampung Baru dan Kampung Itol.

Penganjuran program ini memberi peluang kepada golongan belia untuk berinteraksi dan mengambil peranan dalam aktiviti kemasyarakatan, sekali gus memupuk semangat proaktif terhadap tanggungjawab sosial di kalangan generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban hidup golongan kurang bernasib baik, juga sebagai platform untuk golongan belia terlibat secara langsung dalam usaha kebajikan dan memperkukuh hubungan sesama masyarakat.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penerima sumbangan dan masyarakat setempat, yang turut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan SABERKAS Daro. 

Penganjuran program tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan SABERKAS Cawangan Daro dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah dan semangat kekeluargaan di kalangan komuniti.

Melalui program seperti ini, SABERKAS Daro berharap agar lebih ramai belia akan tampil untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan, seterusnya menjadikan mereka lebih peka terhadap keperluan masyarakat sekeliling.

Sumbangan tersebut diagih oleh beberapa orang Exco SABERKAS Cawangan Daro yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Daro Mohd Faizal Jamiludin, dan Setiausaha SABERKAS Cawangan Daro Mohd Suffian Fauzi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDMD gazet beberapa kawasan sebagai tapak bazar Ramadan
Next: Mesyuarat Perwakilan Zon Betong PBB dijangka himpunkan 1,400 perwakilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.