Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia penentu hala tuju, masa depan negara
  • TEMPATAN

Belia penentu hala tuju, masa depan negara

Utusan Sarawak 5 years ago
BAGUS… Datuk Abdul Karim Rahman (dua, kanan) bersama tetamu jemputan yang lain menunjukkan tanda bagus selepas merasmikan program Jelajah#Belia Sarawak 2020 (Piasau).

MIRI: Golongan belia amat penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jika  mahu melihat masa depan negara dalam tempoh lima tahun atau 10 tahun akan datang, lihatlah keadaan belia pada hari ini.

Katanya, sekiranya belia masa ini terjerumus dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, masalah rumah tangga dan sebagainya maka begitulah keadaan negara pada masa akan datang.

“Justeru, kementerian kami ditubuhkan untuk membangunkan golongan belia agar mereka ini akan dapat diharapkan untuk mewarisi negeri dan negara amnya di masa akan datang.

“Kami mahu melihat belia yang ada pada hari ini adalah mereka yang mempunyai keupayaan, kepakaran dan dapat menjadi pemimpin nanti,” katanya.

Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata demikian pada program Jelajah#Belia Sarawak 2020 (Piasau) yang diadakan di Dewan Suarah di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Mengenai program itu, Karim berkata, ia dianjurkan bertujuan mempertingkatkan penglibatan belia dan persatuan dalam program anjuran kerajaan.

Selain itu, ia bertujuan bagi mencungkil, mengasah dan memberi peluang kepada belia setempat untuk turut serta dengan aktiviti kerajaan dan memupuk semangat juang ke arah belia yang cergas, bertanggungjawab, berkepimpinan, berkerjaya, bersukarelawanan dan semangat cintakan negara dan Sarawak.

“Program ini bukan kempen politik sebaliknya salah satu platform untuk merapatkan Kerajaan Sarawak dengan golongan belia yang merupakan aset dan tonggak masa depan negeri dan negara amnya ,” katanya.

Kira-kira 200 belia hadir pada program setengah hari itu.

Program itu merangkumi sesi Sembang Belia Bersama Menteri dan Motivasi Bersama Ikon Belia Sarawak.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Mencari sinar bagi gelandangan
Next: Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.