Belia digalak pilih sukan sebagai alternatif jauhi gejala dadah

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan merakamkan gambar kenangan bersama peserta program Boling Mini: Jauhi Dadah! di Megalanes Bintulu.

BINTULU, 15 Oktober: Penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan perlu terus diperkasa sebagai antara usaha membentuk gaya hidup positif dan menjauhi gejala penyalahgunaan dadah.

Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam bin Awang Ali Bohan berkata, program Boling Mini: Jauhi Dadah! bertemakan ‘Sukan Sihat Tanpa Dadah’ merupakan platform untuk menyampaikan mesej antidadah melalui pendekatan sukan dan penglibatan komuniti.

Menurutnya, penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan kesihatan individu, malah boleh menjejaskan keharmonian keluarga, masyarakat serta masa depan generasi muda.

“Melalui aktiviti sukan seperti ini, kita menyampaikan mesej jelas bahawa sukan merupakan pilihan gaya hidup positif untuk menjauhi gejala dadah,” katanya ketika berucap pada program itu di Megalanes Bintulu di sini, semalam.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Cina Bintulu bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Bintulu, dengan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Sukarelawan (JKRS) Pejabat Daerah Bintulu, disertai 84 peserta daripada 14 pasukan.

Awang Mohammed Nizam berharap program seumpama itu dapat diteruskan dengan penyertaan lebih ramai anggota masyarakat, khususnya golongan belia.

Ujarnya lagi, nilai kerjasama, persahabatan dan semangat kesukanan yang dipupuk melalui aktiviti berkenaan lebih bermakna daripada kemenangan semata-mata.

Oleh Carolyne Utih

“Kami layak menang” – Aidil Sharin

PETRA JAYA, 16 Oktober: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan pasukannya layak memenangi perlawanan menentang Kitchee SC