Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belia Cina bermurah hati hulurkan bantuan
  • NASIONAL

Belia Cina bermurah hati hulurkan bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Ketua Kaum Amir Emran merakamkan kenangan bersama Ahui dan para penderma dari belia Cina Miri semalam.

ADUM LIU

BEKENU: Penduduk Kampung Rambai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada belia Cina tidak dikenali yang telah menghulurkan bantuan bekalan makanan semalam.

Ketua Kampung Rambai, Ketua Kaum Amir Emran ketika ditemui Utusan Sarawak berkata, sekumpulan belia Cina dari Miri telah memilih Kampung Rambai untuk mengadakan aktiviti kemanusiaan mereka di sini.

Katanya, kesemua belia Cina yang tidak dikenali itu menggunakan tujuh kenderaan bagi membawa bekalan bantuan kelmarin.

“Pada 1 Mei orang ramai bercuti rehat sempena Hari Pekerja tetapi kumpulan ini melakukan perkara yang baik ketika negara dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bantuan bekalan makanan itu adalah hasil daripada kutipan derma individu yang menyertai kumpulan tersebut dan usaha mereka amat terpuji serta harus menjadi contoh kepada belia di sini,” jelasnya.

Tambahnya, ketua kumpulan belia yang dikenali sebagai Ahui menyarankan agar bantuan itu disalurkan kepada mereka yang benar- benar memerlukan bantuan.

“Sebanyak 32 bungkusan bantuan bekalan makanan telah diserahkan dan kita akan agihkan kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan ketika PKP ini.

“Terima kasih kepada Utusan Sarawak dan Ah Ming yang turut terlibat dalam kumpulan ini,” jelasnya lagi.

Antara bantuan yang disalurkan adalah seperti beras, mee, roti, telur dan minyak masak.

Justeru itu, tambah beliau lagi arahan PKP haruslah dipandang positif kerana telah banyak memberi pengajaran kebaikan kepada masyarkat dalam menggeratkan perhubungan dan saling bantu-membantu.

Continue Reading

Previous: Ibu beri dua anak air gula, kopi O ganti susu
Next: Pasar Besar Seremban ditutup bermula semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.