Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belanjawan 2023: Sektor perkhidmatan diberi tumpuan
  • SEMASA

Belanjawan 2023: Sektor perkhidmatan diberi tumpuan

Utusan Sarawak 2 years ago

Antara sektor yang akan diberikan tumpuan adalah teknologi hijau, ekonomi digital dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan tumpuan terhadap sektor perkhidmatan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini, menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, antara sektor yang akan diberikan tumpuan adalah teknologi hijau, ekonomi digital dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menurutnya, dasar kerajaan juga harus tertumpu untuk meningkatkan keupayaan sektor PKS berikutan ia mempunyai potensi tinggi dan melibatkan jumlah pekerja yang besar.

“Jangan kita merasa kelesuan akibat ekonomi yang merudum. Kita kena mencari jalan dalam bidang-bidang baharu seperti ekonomi hijau dan digital.

“Pendekatan kita selama ini juga tidak tertumpu terhadap PKS yang menjadi tunggak kepada ekonomi negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini, hari ini.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Isu kesihatan Sarawak dibincang peringkat menteri – Dr Zaliha
Next: Kebocoran Sistem Perolehan Kerajaan: Berjaya selamatkan RM10 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.