Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Belajar melalui YouTube, Afiq Julaihi hasilkan gitar sendiri
  • INSPIRASI

Belajar melalui YouTube, Afiq Julaihi hasilkan gitar sendiri

Utusan Sarawak 4 hours ago
GITAR yang siap dihasilkan oleh Afiq Julaihi.

PETRA JAYA: Minat mendalam terhadap dunia pertukangan kayu dan muzik mendorong seorang Afiq Julaihi menghasilkan gitar buatan tangan sendiri menerusi jenama tempatan yang diasaskannya selepas mempelajari kemahiran tersebut secara kendiri sejak 2018.

Pengasas Kayden Guitars Kuching, Afiq Julaihi berkata, beliau mula mendalami bidang pembuatan gitar melalui pelbagai sumber dalam talian seperti YouTube dan forum khas berkaitan membuat gitar.

AFIQ meneliti hasil kerja yang telah siap di bengkelnya sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai latar belakang khusus dalam pembuatan alat muzik, Afiq belajar mendalami kemahiran membuat gitar dengan membaca info di dalam forum sambil bertukar pendapat dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama.

“Saya belajar secara teori menerusi YouTube dan forum sejak 2018. Untuk membuat gitar, seseorang perlu memahami setiap proses secara berperingkat, bermula daripada pemotongan kayu, proses gam hinggalah pemasangan komponen lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya membangunkan bengkel pembuatan gitar sendiri di sini.

GAMBAR menunjukkan Afiq melakukan kerja kemasan pada badan gitar.

Afiq berkata, antara cabaran utama yang dihadapi ketika mula menceburi bidang tersebut adalah kesilapan teknikal dalam proses pembinaan gitar yang memerlukan ketelitian tinggi.

“Pada peringkat awal, saya pernah melakukan kesilapan dalam susunan proses pembinaan yang menyebabkan hasil akhir tidak mencapai kualiti yang diinginkan.

PROSES pembuatan gitar memerlukan ketelitian, kemahiran dan kesabran yang tinggi bagi memastikan setiap instrumen menghasilkan kualiti bunti terbaik.

“Namun, kesilapan itu menjadi pengalaman berharga dan membantu saya memahami cara untuk memperbaikinya pada masa akan datang,” jelasnya.

Menurut beliau, setiap gitar yang dihasilkan dibuat secara teliti dan tidak terlalu menumpukan kepada kemasan berkilat semata-mata, sebaliknya memberi perhatian kepada aspek fungsi serta kualiti bunyi.

Beliau turut menawarkan gitar pada harga yang berpatutan memandangkan dirinya masih baharu dalam industri berkenaan.

AFIQ melakukan kerja pengukuran dan penyediaan komponen bagi memastikan setiap instrumen dihasilkan memenuhi spesifikasi serta standard yang ditetapkan.

“Sebagai pembuat gitar berskala kecil, saya mengambil keuntungan yang minimum. Kos pengeluaran agak tinggi kerana hanya dapat membeli bahan seperti kayu dalam kuantiti yang kecil,” katanya

Pada masa sama, beliau berharap lebih ramai peminat muzik tempatan akan memberi sokongan kepada produk buatan tangan tempatan.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai gitar keluaran Kayden Guitars Kuching boleh menghubungi Afiq menerusi Facebook atau Instagram Afiq Julaihi.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Duit boleh dicari, ibu tidak boleh diganti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.