Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekerjasama bangunkan Mukah
  • TEMPATAN

Bekerjasama bangunkan Mukah

Utusan Sarawak 3 years ago
RASMILAH SUDAH… Dato Hanifah Hajar Taib memukul gong untuk meraskan Gabungan Persatuan Cina Bahagian Mukah di Kingwood Resort baru-baru ini.

MUKAH: Komuniti Cina  di kawasan ini dinasihati untuk terus berkerjasama di dalam membangunkan kawasan ini.

Dalam membuat saranan tersebut, Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, menyatakan bahawa mereka boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan peniagaan dan bidang ekonomi, amnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Upacara Pelantikan Rasmi Ahli Jawatankuasa Yang Pertama bagi Gabungan Persatuan Cina Bahagian Mukah (GPCM) pada malam Sabtu (11 Disember).

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada GPCM. Saya rasa GPCM boleh memainkan peranan dalam pembangunan kawasan ini terutama di segi perkongsian pengetahuan dan pengalaman tentang peniagaan yang  sememangnya amat diperlukaun untuk membangun kawasan ini dan Bahagian Mukah amnya, ” katanya.

Hanifah, yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) percaya GPCM boleh membantu kearah itu berdasarkan pengetahuan luas mereka dalam bidang ekonomi, amnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyentuh mengenai pilihan raya negeri dan pentingnya untuk keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawap sebagai pengundi pada 18 Disember ini.

“Keluarlah beramai-ramai pada 18 Disember ini. Untuk pengetahuan yang hadir pada malam calon Parti Gabungan Sarawak  ialah Royston Valentine, seorang pemuda yang sangat aktif dengan kegiatan belia di kawasan ini. Ketua Menteri meletak yang muda untuk kesinambungan pembangunan di sini. Selain Roystoan di kawasan ini, juga di bawah kawasan Parlimen 213 Mukah, ialah DUN N.56 Dalat yang diwakili oleh Dato Sri Fatimah Abdullah dan Abdul Yakub Arbi, di N.58 Balingian. Undilah calon GPS kita pada hari Sabtu nanti,” tambah beliau.

Juga berucap pada majlis yang bewarna-warni itu ialah Presiden Gabungan Persatuan Cina Sarawak, Dato Richard Wee Leing Chiat, Presiden GPCM, Kapitan Ting Siew Leong dan Pengerusi Pengelola, Penghulu Henry Lee Liong Ing.

Pada program tersebut, Hanifah dan Richard  juga menyaksikan Upacara Perlantikan Rasmi Jawatankuasa GPCM.

Selain menikmati jamuan, para hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil daripada GPC dari luar kawasan, ketua jabatan dan Royston juga dihiburkan dengan persembahan Wushu, pemainan Yoyo Cina,  tarian Melanau dan karaoke.

Continue Reading

Previous: Berikan mandat sepenuhnya kepada GPS
Next: Jadi rutin santuni rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.