Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekalan mencukupi sepanjang PKP
  • TEMPATAN

Bekalan mencukupi sepanjang PKP

Utusan Sarawak 5 years ago

DARO: Penduduk di sini telah dinasihati untuk tidak perlu gusar mengenai bekalan barangan kerana stok adalah mencukupi untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, beliau telah mendapat jaminan daripada pemilik pasar mini mengenai perkara tersebut.

Ia berikutan tinjauan beliau di beberapa premis perniagaan di Pekan Daro bagi melihat sendiri bekalan sedia ada pada 30 Mac 2020.

“Info daripada pemilik pasar mini mengesahkan bahawa bekalan makanan mencukupi dan tidak menjadi sebarang masalah khususnya untuk penduduk Daerah Daro dan Matu sepanjang tempoh PKP ini.

“Justeru, penduduk tidak perlu panik dengan kekurangan barang makanan kerana stok adalah mencukupi untuk tempoh PKP ini,” ujarnya.

Akan tetapi, wakil rakyat tersebut dengan tegas mengharapkan penduduk untuk  sentiasa mematuhi arahan PKP kerana ia sangat penting dalam mengekang Covid-19.

Selain daripada membuat tinjauan ke pasar mini, Safiee juga melawat Bilik Gerakan Bencana Daerah Daro, Ibu Pejabat Polis Daerah Matu-Daro, dan Hospital Daerah Daro.

Menerusi tinjauan tersebut, beliau berkesempatan untuk menemui beberapa angota ‘Frontliner’ dan mendengar sedikit sebanyak berkenaan situasi terkini mengenai Covid-19 di kawasan tersebut.

Semasa di Bilik Gerakkan Bencana Daerah Daro, beliau juga mendapat penjelasan melalui  taklimat  ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa Bencana berkenaan bebarapa perkara melibatkan penduduk yang terjejas.

Beliau juga memberitahu bahawa pihak Pasukan Pusat Khidmatnya telah bergerak untuk mengedarkan bantuan kepada penduduk di kawasan pesisir sungai yang mengalami terputus bekalan makanan setelah bot ekspres  dan bot laju tidak beroperasi.

Menerusi lawatan tersebut, Safiee juga menyampaikan cek  bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Daro dan bekalan makanan kepada petugas ‘Frontliner’ seperti anggota Polis, Rela, APM, Kebajikan, MDMD dan Penerangan).

Pada masa yang sama, beliau melawat ke Bilik Operasi Jabatan Kesihatan, Hospital Daro, dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada petugas Jabatan Kesihatan dan Hospital Daro. Beliau ditemani oleh Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman Seli.

Continue Reading

Previous: Lebih 30 tan beras diagihkan kepada penduduk memerlukan
Next: Mydin gesa henti sebar berita palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.