Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bebola hitam sebesar bola golf jadi misteri, ditemui berhampiran pantai Sydney
  • GLOBAL

Bebola hitam sebesar bola golf jadi misteri, ditemui berhampiran pantai Sydney

Utusan Sarawak 8 months ago

Pantai Coogee dekat Sydney, Australia yang ditutup selepas penemuan bebola tar berselerakan di kawasan berkenaan. - Foto AFP

SYDNEY: Beratus-ratus bebola misteri seperti tar hitam bersepah di sepanjang pantai Sydney yang popular hingga mendorong pengawal pantai menutup kawasan itu kepada orang ramai.

Menurut Datuk Bandar, Dylan Parker, bebola misteri berwarna hitam itu muncul di Pantai Coogee semalam dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti apa sebenarnya objek itu.

“Pantai Coogee ditutup sehingga diberitahu kelak dan pengunjung dinasihatkan jangan mengunjungi pantai terbabit sehingga diberitahu kelak dan tidak menyentuh bahan itu, sementara pembersihan dan penyiasatan diteruskan. 

“Pada peringkat ini, tidak diketahui apakah benda itu, namun ia mungkin ‘bola tar’ yang terbentuk apabila minyak bersentuhan dengan sisa serpihan dan air, biasanya hasil daripada tumpahan minyak atau resapan,” katanya.

Beratus-ratus bebola bersaiz bola golf hingga bola kriket kelihatan berselerakan di sepanjang pantai yang biasanya dipenuhi penduduk Sydney dan pelancong. 

Beberapa burung camar yang berkeliaran dilihat mematuk untuk memeriksa bebola hitam itu.

Pantai itu masih ditutup pada hari ini walaupun terdapat usaha pembersihan sejak semalaman, namun pantai lain yang berdekatan masih dibuka walaupun sedang dipantau. – AFP

Continue Reading

Previous: Potret ‘karya’ robot AI bakal dijual dengan harga lebih RM558,610
Next: Tiada bahan mencurigakan ditemui dalam pesawat Air India 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.