Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa kawasan rendah, jalan utama di Roban mula dinaiki air
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa kawasan rendah, jalan utama di Roban mula dinaiki air

Utusan Sarawak 4 months ago
ANGGOTA APM Daerah Saratok sedang melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di jalan utama di Rumah Machup Sungai Tapang Roban dan Rumah Andrew Aji Kedoh, Jalan Kedoh Ulu. Video APM Daerah Saratok

ROBAN: Hujan berterusan serta fenomena air pasang besar telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan jalan utama ke rumah panjang di sekitar Roban telah mula dinaiki air, sejak pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata antara kawasan yang terjejas iaitu Rumah Andrew Aji Kedoh, Jalan Kedoh Ulu dan Rumah Machup Sungai Tapang Roban.

“Setakat 9.20 pagi tadi, keadaan jalan utama yang menghubungi beberapa buah rumah panjang di Rumah Andrew Aji Kedoh, Jalan Kedoh Ulu telah dinaiki air setinggi 0.8 meter dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

“Manakala jalan utama di Rumah Machup Sungai Tapang Roban sudah dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan di sebabkan air beransur surut,” katanya.

Nur Athirah berkata penduduk adalah dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

“Bagaimanapun, tiada proses pemindahan mangsa dibuat dan juga tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Athirah berkata anggota APM akan terus memantau situasi semasa dengan turun padang ke kawasan terjejas dan menasihati penduduk di kawasan yang berisiko banjir untuk peka akan arahan semasa daripada pihak berwajib.

“Pihak kita menasihati penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi musim banjir.

“Trend hujan kini juga menunjukkan peningkatan dan paras air sungai berdekatan kawasan terjejas dijangka terus meningĀ­kat jika mengalami hujan berterusan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat landa Good Park Bintulu
Next: 13 anggota bomba jalani UKTK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.