Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa jalan sekitar Dataran Tun Tuanku Bujang ditutup 12 Mei
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa jalan sekitar Dataran Tun Tuanku Bujang ditutup 12 Mei

Utusan Sarawak 2 weeks ago
SIDANG MEDIA… Thomas Tieng Mee Tung, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Tiong Thai King bersama yang lain pada sidang media hari ini.

SIBU: Beberapa jalan di sekitar Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 dan 2 akan ditutup sempena Malam Penghargaan dan perayaan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Kumpulan Rimbunan Hijau (RH) pada 12 Mei ini.

Jalan yang terlibat termasuk Lorong Kampung Datu 4 (Lorong belakang Hotel Paramount), Lorong dalam Jalan Lau King Howe (menghadap Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2) serta akses separa ke tempat letak kereta di belakang Maybank dan Amanah Saham Nasional Bhd Sibu.

Selain itu, kawasan parkir kereta berbumbung dan pakir kereta bawah tanah Wisma Sanyan.

Pengerusi penganjur, Dato’ Thomas Tieng Mee Tung, menggesa orang ramai untuk hadir memeriahkan acara berprestij yang bakal dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik.

“Semua penduduk Sibu dijemput hadir ke perayaan ini yang akan bermula pada 6.30 petang dan diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, sebagai tetamu kehormat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah pertunjukan dron dengan sebanyak 330 dron akan diterbangkan di udara diikuti dengan persembahan bunga api terbesar berirama berlangsung selama 12 minit.

Bagi menggalakkan penyertaan orang awam, Kumpulan RH turut menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Videografi Persembahan Dron dan Bunga Api Muzikal Jubli Emas Kumpulan RH 2025.

Peraduan fotografi tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa yuran penyertaan, dengan gambar perlu dihantar melalui pautan https://tinyurl.com/4c7dwwm4 pada atau sebelum 22 Mei 2025, bersama maklumat peserta yang diperlukan.

“Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dan sagu hati RM500 dalam setiap kategori,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Rimbunan Hijau, Datuk Tiong Thai King dan Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan 914 beg sekolah, perkasa pendidikan pelajar Sarikei
Next: DFC kini di bawah KPWK, penyaluran dana lebih teratur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.