Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA: Pelaku buang sampah tepi jalan cemarkan persekitaran, boleh kena kompaun
  • Tengah
  • WILAYAH

BDA: Pelaku buang sampah tepi jalan cemarkan persekitaran, boleh kena kompaun

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Pembersihan pasca banjir di Bintulu selesai pada 15 Februari lalu, namun sikap segelintir individu membuang sampah di tepi jalan terus mencemarkan persekitaran.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerusi satu kenyataan berkata, tindakan tersebut melanggar undang-undang kecil kebersihan pihak berkuasa tempatan 1999, yang boleh dikenakan kompaun kepada pesalah.

Sehubungan itu, BDA menyeru orang ramai untuk membantu membanteras masalah tersebut dengan melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram.

Penduduk digalakkan mengambil gambar kenderaan pelaku termasuk nombor plat, sebagai bukti dan menghantarnya ke BDA Hotline: 013-8362277.

“BDA akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan kebersihan.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan Bintulu kekal bersih dan selesa untuk semua,” ujar kenyataan itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Fahami lebih mendalam lagu rohani
Next: Tanah runtuh: Elak sebarang risiko, air dalam tangki dikosongkan sepenuhnya – BPSB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.