Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei pantau dua kawasan rendah
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei pantau dua kawasan rendah

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU PARAS AIR….Pemantauan paras air oleh anggota bomba, malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sebanyak dua kawasan rendah berisiko banjir di bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah dipantau pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan paras air dijalankan bermula 9.05 malam.

“Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) dijalankan oleh tiga orang anggota bomba di Jalan Wharf dan Jalan Bank.

“Trend air surut sedang berlaku semasa anggota bomba memantau keadaan paras air di kedua-dua kawasan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, keadaan cuaca ketika pemantauan adalah hujan renyai-renyai.

“Keadaan paras air di dua kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.

“Pihak kami tiada menerima sebarang panggilan kecemasan sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.

“Rondaan pemantauan selesai sepenuhnya pada 10.15 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 500 bungkus bubur lambuk, kurma diagihkan kepada masyarakat
Next: BBP Batu Niah agih 400 bungkus bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.