Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lutong agih 1,500 bubur lambuk
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Lutong agih 1,500 bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago

MIRI: Sebanyak lebih 1,500 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada pelbagai agensi awam dan swasta di sini, semalam.

Bubur lambuk ini telah diagihkan kepada kakitangan-kakitangan pihak polis, Sarawak Skills, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Petronas Carigali, masjid, dan juga gereja di sekitar pasar Lutong Lama.

Ketua BBP Lutong, PBT II Henry Jugah, yang mengetuai program ini, berkata pek bubur lambuk berkenaan diagihkan di kawasan selian BBP tersebut merupakan inisiatif bersama antara BBP Lutong dan Stesen Minyak Petronas Lutong bagi mengeratkan silaturahim sempena Ramadan.

“Program ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Tujuan utama kami adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat, jabatan kerajaan, jabatan swasta dan NGO.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama lebih banyak agensi.

‘Program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dalam komuniti tetapi juga menghidupkan budaya memberi sempena bulan Ramadan,” katanya.

Selain mengedarkan bubur lambuk ke pejabat-pejabat, mereka juga turun padang menyerahkan bubur lambuk kepada orang awam di tepi jalan besar berhadapan Stesen Minyak Petronas Lutong.

Henry turut merakamkan penghargaan kepada pihak Stesen Minyak Petronas Lutong atas kerjasama erat dalam menjayakan program serta kepada semua kakitangan dan anggota bomba yang terlibat sejak awal pagi dalam penyediaan bubur lambuk.

Turut bersama mengagihkan bubur itu, Pengurus Stesen Minyak Petronas Lutong, Adam Salleh Sufian.

Turut hadir dalam program ini ialah seramai 16 anggota bomba serta staf Stesen Minyak Petronas Lutong yang membantu dalam menyedia dan mengagihkan bubur lambuk.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PEKA, PITSA agih sup cendawan, bubur kacang kepada penduduk setempat
Next: Beberapa kawasan rendah, tebingan sungai Bahagian Sibu, Kapit dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.