Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lawas uji aset logistik dalam sungai, esok
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Lawas uji aset logistik dalam sungai, esok

Utusan Sarawak 7 months ago

LAWAS: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dijangka mengadakan pengujian logistik operasi banjir dalam sungai, esok.

Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pengujian dan pemeriksaan logistik operasi banjir sempena kesiapsiagaan monsun timur laut (MTL) 2024/2025 di BBP Lawas, semalam.

Katanya, pemeriksaan logistik itu diadakan supaya tahap kesiapsiagaan berada di peringkat tertinggi.

Pada masa sama, jelasnya, pemeriksaan juga bertujuan memastikan aset dan logistik sentiasa berada dalam keadaan baik dan mengemaskini maklumat aset dan logistik dari semasa ke semasa.

Azman turut memberitahu bahawa hampir semua aset yang ada di BBP Lawas merupakan sumbangan daripada Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarang tebuan tanah sebesar tayar kereta kancil berjaya dimusnahkan
Next: Kampung Sualai juara Sepak Takraw Kedayan Lawas 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.