JIKU JUGUONG
MARUDI: Batik sarung dengan pelbagai corak kontemporari selain harga lebih murah kian mendapat sambutan.
Tinjauan Utusan Sarawak ke Pasar Rakyat Marudi mendapati seorang peniaga berbangsa Cina Puan Ting Hie Hoon, menjual sarung batik dengan harga murah sekali gus mampu memberi keuntungan lebih tinggi.
Peniaga berasal dari Kampung Cina itu menjual pelbagai corak sarung batik halus Sutera Dobby dijual lebih murah dari kedai lain di sini.
Puan Ting berkata, dia sudah lama menjual sarung batik di Pasar Rakyat sejak 10 tahun lalu dan merupakan seorang peniaga Cina pertama dan terawal berniaga di Pasar Rakyat.
Beliau menjualnya dengan harga yang lebih murah, RM6.70 untuk sehelai sarung batik berbanding dahulu, dia menjual RM18.
Sambutan sangat menggalakkan pelanggan dan jelasnya kali ini dia menjualnya dengan harga paling rendah atas fakor persaingan dengan peniaga lain.
Ting yang cukup mesra dengan pelanggan Bumiputera tidak hairan kebanyakkan pelanggannya adalah di kalangan Bumiputera.
Ting juga tidak berkira sangat dengan pelanggan malah menawarkan kepada pelanggan yang dia kenalinya ambil dulu bayar kemudian.
Dia cukup disenangi pelanggan bukan sahaja dari kaum Melayu malah dari kaum Iban, Orang Ulu malah kaum Penan menyebabkan Ting tidak disenangi peniaga lain.