Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Barbie’ ungguli Box Office Amerika Utara tiga minggu berturut-turut
  • GLOBAL

‘Barbie’ ungguli Box Office Amerika Utara tiga minggu berturut-turut

Utusan Sarawak 2 years ago

LOS ANGELES: Filem komedi fantasi Warner Bros. Pictures, ‘Barbie‘ kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat tiga hujung minggu berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$53 juta.

Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan malam tadi, lapor Xinhua.

Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Greta Gerwig, mengumpul sebanyak AS$459.4 juta di Amerika Syarikat dan Kanada untuk kutipan global AS$1.031 bilion sehingga semalam. 

‘Barbie‘ menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.

“Meg 2: The Trench,” sebuah filem hasil kerjasama antara Amerika Syarikat dan China, menduduki tempat kedua dengan kutipan AS$30 juta pada hujung minggu pembukaannya di Amerika Utara.

Filem ‘thriller’mengenai jerung arahan Ben Wheatley itu dibintangi pelakon Britain Jason Statham dan pelakon China Wu Jing, 

Ia berjaya mengutip AS$112 juta dari 75 pasaran antarabangsa, termasuk kira-kira AS$54 juta daripada tanah besar China.

Sementara itu, drama biografi Universal Pictures ‘Oppenheimer‘, arahan Christopher Nolan berada di tempat ketiga dengan kutipan AS$28.7 juta pada hujung minggu ketiganya dengan jumlah kutipan di Amerika Utara sebanyak AS$228.6 juta setakat ini. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Next: Arab Saudi tawar e-visa kepada lapan lagi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.