Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan untuk keluarga anggota bomba
  • TEMPATAN

Bantuan untuk keluarga anggota bomba

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Anggota bomba dari BBP Kota Samarahan menerima bantuan bekalan makanan yang disalurkan oleh Rubiah Wang untuk anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan yang menjalani kuarantin, baru-baru ini.

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang menyegerakan bantuan bekalan makanan kepada 41 buah keluarga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan yang menjalani kuarantin, baru-baru ini.

Rubiah Wang menerusi satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan semasa pandemik Covid-19 melanda.

“Saya berharap mereka tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan dan semoga mereka diberikan kesembuhan segera daripada Covid-19.

“Terima kasih kepada semua anggota bomba dari BBP Kota Samarahan kerana sepanjang tempoh negara dilanda pandemik Covid-19 mereka telah bertungkus-lumus dalam membantu kerajaan serta masyarakat dalam mendepani wabak berkenaan khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dalam satu-satu kawasan di daerah Samarahan,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 41 pegawai dan anggota bomba dari BBP Kota Samarahan menjalani kuarantin setelah terdapat beberapa kes positif Covid-19 dilaporkan dalam melibatkan warga balai berkenaan.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: RM1.15 juta bina stadium bola keranjang
Next: Bekas pesakit Covid-19 kongsi pengalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.