Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan makanan DUN Kakus libatkan 980 pintu rumah
  • TEMPATAN

Bantuan makanan DUN Kakus libatkan 980 pintu rumah

Utusan Sarawak 5 years ago

ELLIE EDWARD

TATAU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus telah menyalurkan bantuan makanan yang melibatkan 980 pintu rumah di kawasan terbabit sejak 3 April lalu.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus, Thomas Angkuh berkata, bantuan tersebut diharapkan akan dapat meringankan sedikit beban penduduk bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Bantuan makanan adalah berupa keperluan harian seperti beras, gula, teh, kopi yang  bertujuan meringankan beban masyarakat yang terjejas akibat Covid – 19,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu semasa pengagihan bantuan berkenaan kepada pihak media di sini semalam.

Menurutnya, bantuan makanan telah dihantar ke kawasan Anap iaitu Takan, Nanga Tau. Muput, dan Sungai Kana bermula dari Rh Balis Nanga Jenga hingga ke Rh Enteri , Nanga Takan dan Ulu Anap.

“Bantuan akan dihantar ke kawasan lain didalam DUN Kakus yang meliputi rumah rumah panjang kebanyakkannya  di bawah pentadbiran Daerah Tatau, dan sebahagian di Daerah Selangau dan Mukah,” katanya.

Sementara itu, Pusat Khidmat DUN Kakus mengingatkan penduduk kekal berada di rumah dan bantuan akan dihantar ke tempat mereka walaupun jauh di pedalaman di tempat yang ditetapkan.

Jelas beliau, jumlah pintu rumah di bawah DUN Kakus adalah sebanyak 6,243 buah.

Continue Reading

Previous: Syarikat terjejas, berhak dapat subsidi gaji
Next: Sarawak rekod 9 kes positif Covid-19 baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.