Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan makanan disalurkan ke kawasan Meluan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantuan makanan disalurkan ke kawasan Meluan

Utusan Sarawak 3 months ago

TURUN PADANG....ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin turun padang menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh. Foto Facebook ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin 

JULAU: Bantuan bekalan makanan telah disalurkan kepada penduduk yang terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, semalam beliau berkesempatan bersama pasukan Jawatankuasa Bencana Daerah Julau untuk misi bantuan ke kawasan di Rantau Limau, Ulu Kanowit serta kawasan sekitar.

“Misi bantuan kali ini dikuatkan dengan bantuan dua helikopter yang akan mendarat di Sekolah Kebangsaan Nanga Jambu. 

“Misi bantuan bencana juga masih diteruskan di kawasan Ulu Entaih dan saya sendiri turut turun ke Ulu Kelanggas, Merurun semalam (kelmarin) untuk bersama-sama misi bantuan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman sosial media Facebooknya.

“Saya berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPNBS) yang telah memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan misi bantuan ini. 

“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus dalam misi bantuan kali ini seperti pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela serta semua yang terlibat,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Paras air sungai Rajang dipantau
Next: Perpaduan, keharmonian sosial tunjang pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.