KUCHING: Hope Place Kuching bekerjasama dengan AIESEC di Kuching di dalam projek sukerela Painting Rainbows yang akan diadakan selama dua minggu.
AIESEC merupakan larian belia antarabangsa dan bukan organisasi untuk meraih keuntungan. AIESEC mempromosikan keamanan dan pencapaian potensi manusia dengan menyediakan peluang-peluang pembangunan kepimpinan.
Organisasi ini memfokus kepada pemerkasaan belia bagi memberikan impak sosial.
Sementara itu, Hope Place Kuching pula merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong keluarga kurang berkemampuan serta golongan kurang bernasib baik.
Projek Painting Rainbows dilancarkan pada 20 Julai 2020 dan akan berlangsung sehingga 2 Ogos dengan matlamat menyumbang kepada Sasaran Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1 : Tiada Kemiskinan.
Objektif utamanya adalah membina masyarakat inklusif di dalam menyokong keluarga kurang berkemampuan di dalam kawasan sekitar projek dilaksanakan.
Aktiviti utamanya pula adalah mengumpul dana secara maya dengan memanfaatkan platform derma atas talian NGOHub. Sasaran projek ini adalah mengumpul sejumlah RM5,000 bagi membantu 200 keluarga kurang berkemampuan yang disokong oleh Hope Place.
Sepanjang projek ini berlangsung, aktiviti seperti bengkel atas talian dan temu bual secara panggilan video akan diadakan bersama sukarelawan dan staf Hope Place.
Dua seksyen bengkel atas talian akan diadakan oleh pengasas Hope Place, Kelvin Wan tentang Kerja-Kerja Kebajikan Di Sarawak.
Sukarelawan juga akan berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang dan pembangunan Hope Place sebagai NGO serta situasi terkini dan kesukaran yang dialami oleh masyarakat tempatan di Kuching.
Sesi ini amat bermanfaat dan semua orang boleh berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi kisah serta pandangan masing-masing.
Sukarelawan mempunyai sesi temu bual selama 30 minit dengan empat staf untuk berkongsi tentang pengalaman dan platform media sosial seperti Instagram dan Facebook.
Pihak Hope Place berharap projek ini akan terus mencetuskan kesan positif kepada masyarakat setempat.
Dalam perkembangan lain, Hope Place buat masa ini tidak menerima barangan terpakai sumbangan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang pandemik Covid-19 ini. Ketika ini ia menyokong sebanyak 190 keluarga.
Untuk keterangan lanjut, Hope Place boleh dihubungi melalui talian 013- 567 2775, mulai jam 8.30 pagi – 5.30 petang mulai Isnin hingga Jumaat dan 8.45 pagi – 12.00 tengah hari pada hari Sabtu.