Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banksy perkenal arca baharu bersaiz besar di tengah London
  • GLOBAL

Banksy perkenal arca baharu bersaiz besar di tengah London

Utusan Sarawak 11 hours ago
SEORANG lelaki mengambil gambar sebuah patung (kanan) yang tiba-tiba muncul sehari sebelumnya, dengan tandatangan artis jalanan Britain Banksy terukir pada bahagian tapaknya, di Waterloo Place di pusat London pada 30 April 2026. Foto AFP

LONDON: Seniman jalanan terkenal dunia, Banksy pada Khamis mengesahkan sebuah arca baharu bersaiz besar yang muncul di tengah London adalah hasil karyanya, lapor Anadolu Ajansi.

Arca yang mempunyai tandatangannya itu menggambarkan seorang lelaki berpakaian sut berjalan turun dari sebuah pelapik sambil membawa bendera yang menutup wajahnya.

Arca itu dipasang di Waterloo Place di kawasan St James’, Westminster, sebuah kawasan yang direka pada abad ke-19 bagi memperingati tokoh imperialis dan ketenteraan.

Karya seni itu terletak berhampiran patung Edward VII, Tugu peringatan Perang Crimea dan Florence Nightingale, jururawat terkenal yang merawat askar cedera di kawasan yang kini dikenali sebagai Istanbul.

Banksy memuat naik video di media sosial yang menunjukkan arca itu dibawa ke Westminster pada waktu malam, berserta rakaman mercu tanda berhampiran termasuk patung Winston Churchill.

Orang ramai mula berkumpul secara beransur-ansur sejak arca itu muncul pada Rabu. 

Pada petang Khamis, kontraktor dilihat memasang penghadang keselamatan di sekeliling karya itu.

“Kami teruja melihat arca terbaharu Banksy di Westminster, yang menjadi tambahan menarik kepada landskap seni awam bandar ini yang rancak.

“Walaupun langkah awal telah diambil untuk melindungi arca itu, buat masa ini ia akan kekal boleh diakses oleh orang ramai untuk dilihat dan dinikmati,” menurut Majlis Bandaraya Westminster. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 10 maut akibat hujan lebat di Bengaluru, Selatan India
Next: Harga petrol melonjak, California cecah AS$6 segelen di tengah ketegangan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.