Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Rakyat bantu pelanggan terjejas
  • BISNES

Bank Rakyat bantu pelanggan terjejas

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 1 April -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemu bual pada Program Ruang Bicara Khas bertajuk 'Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN Membantu Usahawan' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengambil langkah proaktif untuk membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bantuan ini termasuk pembiayaan khas kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM300,000 bagi setiap pemohon.

Beliau berkata, Bank Rakyat juga menawarkan skim pembiayaan mikro sebanyak RM50,000 kepada setiap pemohon bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.

Bagi usahawan wanita, Wan Junaidi berkata, pakej Biz Lady Bank Rakyat menyediakan pembiayaan keseluruhan RM50 juta untuk membantu mereka mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.

“Kempen ini bertujuan membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ini,” kata Wan Junaidi.

Sementara itu, beliau berkata, kempen ‘Kami Bersama Anda’ Bank Rakyat yang berlangsung mulai 24 April hingga 30 Jun, 2020 menawarkan Pembiayaan Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 pada kadar keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Pelanggan Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat turut berpeluang memenangi hadiah terkumpul pulangan tunai sehingga RM30,000 melalui transaksi dalam talian semasa berbelanja untuk menyambut perayaan akan datang.

Orang ramai yang berhasrat memberikan wang kepada orang tersayang menerusi aplikasi DuitNow di iRakyat turut berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM24,000, kata beliau.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Bank Rakyat atau e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454 untuk bantuan selanjutnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rayuan BPN disaring 11 agensi – LHDN
Next: Pendapatan eksport koko turun 18 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.