Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Islam tingkat kemudahan bantu pelanggan
  • BISNES

Bank Islam tingkat kemudahan bantu pelanggan

Utusan Sarawak 5 years ago

Kuala Lumpur 270818 Bank Islam Malaysia Bhd Acting CEO Mohd Muazzam Mohamed During BIMB Holdings Bhd 2018 Half-Year Financial Performance

KETUA Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan membuka sepuluh cawangannya pada dua Sabtu berturut-turut bagi memudahkan urusan para pelanggan yang memerlukan bantuan pembayaran semula pasca moratorium.

Berikutan tempoh moratorium automatik yang akan tamat pada 30 Sept ini, Bank Islam menawarkan bantuan pembayaran semula bersasar kepada pelanggan individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kata bank itu dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata pihak bank mengambil inisiatif untuk membuka sepuluh cawangan di seluruh negara pada hari Sabtu, (12 dan 19 Sept), dari 10 pagi hingga 3 petang, untuk khidmat rundingan dan penyerahan permohonan bantuan pembayaran semula pasca moratorium.

“Pihak bank sentiasa bersedia untuk memastikan keperluan kewangan pelanggan dijaga dan mereka berupaya mengharungi persekitaran mencabar ini. Apa yang perlu dilakukan pelanggan hanyalah datang dan berbincang dengan kami,” katanya.

Cawangan terlibat ialah Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam; Bangunan MAIDAM, Kuala Terengganu, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kompleks MAINS, Seremban, Kota Fesyen-MITC, Ayer Keroh, Jalan Padi Emas 5/2, Tampoi, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh; Taman Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech, Kulim, Jalan Kulas, Kuching dan Bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu.

  • Bernama

Continue Reading

Previous: Oneworld komited capai neutral karbon
Next: 96 petani sertai program AgriCOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.