Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
  • SEMASA

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd  mengumumkan pelancaran semula Program Prihatin Banjir bagi membantu pelanggan pembiayaan yang layak dan terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata, pelanggan pembiayaan rumah, peribadi, dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Bank Islam turut menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan di kawasan bencana banjir yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Di bawah kemudahan ini, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan mereka, seperti kilang dan mesin yang rosak akibat banjir serta menyediakan modal kerja yang diperlukan,” kata bank itu.

Ia berkata moratorium sehingga enam bulan turut disediakan untuk pelanggan PKS Bank Islam sedia ada yang terjejas di kawasan yang dikenal pasti oleh NADMA.

“Bantuan kewangan ini terbuka kepada semua kemudahan kredit dengan pembayaran berjadual atau berdasarkan kontrak, khususnya kemudahan pembiayaan berjangka, kredit berpusing, kemudahan garis tunai serta kemudahan perdagangan.

“Permohonan untuk bantuan kewangan di bawah Program Prihatin Banjir boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan insiden,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, bank sentiasa memantau situasi terkini di semua kawasan yang terjejas.

“Kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam. Kami berharap Program Prihatin Banjir dan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas dapat membantu meringankan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam waktu yang sukar ini,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan – KUSKOP
Next: 5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.