Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
  • TEMPATAN

Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan

Utusan Sarawak 4 months ago

Bintulu macam pulau

KUCHING: Banjir di Bintulu ketika ini disifatkan bencana terburuk pernah berlaku dengan lebih 1,900 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi.

Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan serta loji-loji penghasilan produk petrokimia.

Seorang penduduk Claire Fabian yang berkongsi kejadian banjir di Facebooknya berkata banjir di bandar itu terburuk pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan berkenaan lebih 30 tahun lepas, selepas hujan lebat tidak berhenti selama dua hari.

“Ini kali pertama kawasan kediaman kami dilanda banjir, bukan alang-alang tetapi sampai peti sejuk, peti sejuk beku dan sofa hanyut,” katanya, sambil berkongsi video keadaan rumahnya yang dinaiki air hampir paras lutut.

Kejadian banjir khususnya di utara Sarawak itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri.

Anwar berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Premier berkata pihaknya setakat ini berpuas hati dengan kelancaran operasi membantu mangsa banjir yang dikatakan paling teruk pernah dihadapi di Sarawak. 

Beliau berkata proses pembukaan PPS yang cepat dan koordinasi antara pelbagai agensi di bawah jawatankuasa itu membolehkan situasi banjir mampu ditangani dengan baik.

Beberapa pemimpin hari ini turun padang meninjau situasi banjir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Fadillah turut mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.

Selain Bintulu, Serian, Selangau, Tatau dan Kuching turut dilanda banjir.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: MBKS ambil langkah proaktif tangani isu banjir kilat
Next: Pasukan 9 RS digerak bantu operasi banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.