Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: SEB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Kanowit,, Song, Kapit
  • SEMASA

Banjir: SEB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Kanowit,, Song, Kapit

Utusan Sarawak 2 months ago

SIBU: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kanowit, Song dan Kapit susulan banjir.

SEB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas di Kanowit ialah Rumah Pam Rawatan Air Kanowit, sebahagian Nanga Poi, Rumah Nyalong dan Sungai Baloh.

Di Song membabitkan antaranya Sungai Embuau, Sungai Manap, Sungai Song, Lubok Engkabang, Sungai Selibut, Nanga Kebiaw, Sungai Lijau, Temalat dan Kampung Rian.

“Di Kapit, gangguan bekalan elektrik menjejaskan Sungai Sibau Ulu, Nanga Tulie, Nanga Baleh, Pulau Pisang dan Kampung Muhibbah Bleteh.

“Bekalan elektrik akan dipulihkan setelah banjir surut. Bagi mengelak potensi bahaya elektrik seperti kebakaran atau kejutan elektrik, stesen-stesen janakuasa di kawasan yang dilanda banjir perlu diperiksa dan dikendalikan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

SEB menghargai kerjasama pengguna atas kesabaran mereka menghadapi situasi sukar ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 SEB menerusi 1300-88-3111 atau aplikasi SEB Cares. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aidilfitri: JBPM beku 70 peratus cuti pegawai, anggota
Next: BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.