Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam, air naik 10 lokasi di Matu
  • WILAYAH

Banjir: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam, air naik 10 lokasi di Matu

Utusan Sarawak 4 months ago

Paras air terus naik di kawasan Matu. Foto ihsan APM Matu

KUCHING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di Daerah Tatau memasuki hari keenam operasinya dan kekal sebagai satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.

Sementara itu, tujuh lokasi pemantauan di Daerah Sebauh, yang bersebelahan Tatau, turut merekodkan peningkatan paras air dan sedang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan.

Di samping itu, 10 lokasi di Matu dan empat lokasi di Kuching juga mencatatkan kenaikan paras air.

Empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran yang masing-masingnya terletak di Giam Pasang B di Kapit, Long Teru,  Marudi dan Nanga Lemai B di Sibu pula mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah
Next: Polis Lawas lancar kempen keselamatan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.