Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat landa Good Park Bintulu
  • WILAYAH

Banjir kilat landa Good Park Bintulu

Utusan Sarawak 4 months ago

Johnny Pang Leong Ming meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di Bintulu.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming bersama rombongan termasuk Pegawai Daerah Bintulu dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan tinjauan ke kawasan Good Park di sini yang terjejas akibat banjir kilat malam tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Johnny Pang memberitahu, banjir kilat di kawasan tersebut berpunca daripada sistem perparitan yang tidak mencukupi serta fenomena air pasang besar.

“Saya sedar masalah ini telah lama membelenggu penduduk, dan ia memerlukan penyelesaian yang komprehensif. 

“Langkah segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka terjamin,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan pentingnya kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, jabatan berkaitan, dan komuniti setempat untuk menangani masalah tersebut secara menyeluruh.

Johnny Pang berharap dengan pelaksanaan tindakan segera, isu banjir kilat akibat air pasang besar dapat diselesaikan dan tidak lagi menjadi ancaman kepada penduduk.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Lebih 100 kanak-kanak serlah kreativiti
Next: Beberapa kawasan rendah, jalan utama di Roban mula dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.