Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah
  • WILAYAH

Banjir: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah

Utusan Sarawak 3 months ago

Gambar fail Bernama

KUCHING: Seramai 34 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, kerana keadaan bencana itu masih belum membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing.

Menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak, mangsa dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput telah dipindahkan ke PPS berkenaan sejak 23 Januari yang lalu.

Sekretariat itu turut melaporkan paras air yang meningkat di kawasan Uma Sambop Long Semutut di Daerah Belaga serta di tiga rumah panjang di Daerah Sebauh.

Sementara itu, di Daerah Mukah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Sitieng, yang terputus hubungan jalan raya akibat banjir kilat.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Misi hantar bantuan makanan ke PPS Rumah Steven Jeli
Next: Banjir: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam, air naik 10 lokasi di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.