Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di beberapa kawasan di Medamit beransur pulih
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir di beberapa kawasan di Medamit beransur pulih

Utusan Sarawak 5 months ago
BANJIR SURUT… Paras air mula surut di Kampung Tanjung Limbang tanpa menjejaskan penduduk di kawasan terlibat banjir, semalam.

LIMBANG: Beberapa kawasan di Medamit yang dilanda banjir semalam, kini beransur pulih dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata, rondaan dijalankan di kawasan berisiko dinaiki air bermula 9.00 pagi tadi.

Hasil pemantuaan, katanya, kesemua mangsa banjir dan penghuni sekitar kawasan Medamit yang berpusat di Dewan Serbaguna Medamit telah balik ke rumah masing-masing.

“Sementara itu di Kampung Ukong pula, kawasan jalan masuk kampung dalam keadaan baik dan air telah beransur surut.

“Bagi  Kampung Tanjung pula jalan masuk ke dalam kawasan kampung di naiki air dan tidak dapat di lalui oleh kenderaan kecil dan  paras air telah surut sedikit dan dalam keadaan terkawal,”katanya kepada media hari ini.

Katanya, sepasukan anggota menyertai rondaan di kawasan berisiko banjir bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sementara itu di Lawas, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim memberitahu rondaan di jalankan di kawasan Sundar dan Trusan mendapati  air semakin surut.

“Setakat ini belum ada PPS dibuka dan  pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sekeluarga panik buaya terperangkap belakang rumah
Next: Lebih 10,000 orang sertai perarakan Krismas di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.