Banjir besar ragut dua nyawa

Facebook
WhatsApp
An aerial photo shows flood-damaged special elderly nursing home “Senjuen” due to heavy rain at Kuma Village, Kumamoto Prefecture, western Japan, on July 4, 2020. According to the local government, 14 residents went into cardiopulmonary arrest at this nursing home, and two hundred thousand people have been given out directives on the evacuation. The Kuma River flooded, and the helicopters of the Self-Defence Forces and the Japan Coast Gurd have rescued stranded local residents. The landslide and flooding were triggered by a heavy rain, and Japan Meteorological Agency has issued a heavy rain emergency warning. ( The Yomiuri Shimbun )
KEADAAN banjir di Yatsushiro, Kumamoto.• Foto AFP

TOKYO: Dua maut, manakala 16 lagi dikhuatiri maut dalam kejadian banjir besar dan tanah runtuh di barat Jepun susulan hujan lebat.

Seorang wanita dan seorang lelaki berusia 80-an di bandar-bandar yang berlainan di wilayah Kumamoto barat meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh, menurut penyiar nasional NHK dan media Jepun.

Enam belas yang lain masih dalam keadaan “cardio-respiratory arrest”, kata NHK, menggunakan istilah yang sering digunakan di Jepun sebelum seorang doktor secara rasmi mengesahkan kematian.

Daripada jumlah itu, 14 adalah penghuni rumah jagaan, seperti diumumkan Gabenor Ikuo Kabashima pada Sabtu.

Pejabat daerah dan perbandaran yang terjejas secara langsung dalam bencana itu tidak dapat membuat pengesahan kematian yang dilaporkan.

Bagaimanapun pihak mereka mengambil langkah pencegahan bagi mengekang penularan coronavirus di pusat pemindahan yang diwujudkan di wilayah seperti menekankan aspek kebersihan dan amalan menjaga jarak antara keluarga.

Pasukan kecemasan dari Angkatan Pertahanan Diri Jepun keluar sepanjang malam mencari orang hilang dan menyelamatkan mereka yang terperangkap di kediaman mereka.

Walaupun hujan reda di Kumamoto pagi Ahad, jambatan runtuh dan jalan raya yang tersekat akibat banjir besar dan tanah runtuh memisahkan banyak komuniti di wilayah itu.

Banjir memusnahkan kediaman dan menghanyutkan banyak kenderaan serta menyaksikan banyak bandar tenggelam dalam banjir lumpur. – AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara