Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 67 penduduk dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: 67 penduduk dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan

Utusan Sarawak 2 months ago
TINDAKAN PANTAS … APM berjaya memindahkan penduduk dari salah sebuah rumah panjang yang terjejas akibat banjir di Kanowit, malam tadi. Foto APM

KANOWIT: Seramai 67 penduduk dari 27 Keluarga Isi Rumah (KIR) dari empat rumah panjang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan, Daerah Kanowit selepas kediaman mereka dinaiki air malam tadi, (20 Mac).

Menurut Pegawai Bencana, Operasi, Latihan dan Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu, Kapten (PA) Azamshah Apparel Kapten berkata, mereka ialah Rumah Guntor, Nanga Ngemah (1 KIR, 18 orang), Rumah Ninti, Sungai Ngemah (empat KIR, empat orang), Rumah Danneil, Nanga Peranan, Poi Kanowit (enam KIR, 16 orang) dan Rumah Asay, Nanga Kabah Kanowit (16 KIR, 29 orang).

“Daripada jumlah keseluruhan mangsa, terdapat lima warga emas lelaki, sembilan warga emas wanita, lapan lelaki dewasa, 23 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta tiga bayi,” katanya, sebentar tadi.

Sehingga kini, katanya, PPS berada dalam keadaan terkawal dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas supaya terus berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa kawasan rendah, tebingan sungai Bahagian Sibu, Kapit dinaiki air
Next: Paras air Sungai Rajang meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.