Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 193 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Sukan Kidurong
  • WILAYAH

Banjir: 193 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Sukan Kidurong

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan di PPS Dewan Sukan Kidurong, yang menempatkan 193 mangsa daripada 53 keluarga akibat banjir di Bintulu.

BINTULU: Seramai 193 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sukan Kidurong di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu, Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, antara kawasan yang terjejas termasuk Setinggan Sungai Plan, Seaview Court, Kampung Kemunting, Setinggan Sungai Sebatang, Gem Park, dan RPR Sebiew.

Katanya, PPS Dewan Sukan Kidurong dibuka pada 10.25 malam tadi bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat hujan lebat berterusan.

“Setakat 10.56 pagi (hari ini), jumlah mangsa yang berpindah seramai 193 orang, terdiri daripada 42 lelaki dan 42 perempuan dewasa, 35 kanak-kanak lelaki, 36 kanak-kanak perempuan, tujuh bayi, serta 26 warga emas. 

“Selain itu, terdapat lima Orang Kurang Upaya (OKU) turut ditempatkan di PPS ini,” katanya.

Beliau berkata situasi di PPS berada dalam keadaan terkawal dan selamat, dengan kehadiran anggota APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), RELA, serta Pejabat Daerah bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa terjamin.

Continue Reading

Previous: Banjir: PPS dibuka di SMK Tatau
Next: Tiang elektrik tumbang berhampiran sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.