APM Saratok musnahkan sarang penyengat lalat di kebun Simpang Semurin

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANGGOTA APM Saratok berjaya memusnahkan satu sarang penyengat lalat yang ditemui di sebuah kebun di Simpang Semurin hari ini. Foto APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya memusnahkan satu sarang penyengat lalat yang ditemui di sebuah kebun di Simpang Semurin hari ini selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan pada 10.55 pagi daripada seorang pengadu yang memaklumkan mengenai kewujudan sarang penyengat berkenaan yang mengancam keselamatan.

Beliau berkata, tiga anggota Skuad Charlie segera digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira enam minit kemudian untuk menjalankan operasi pemusnahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati benar terdapat sebuah sarang penyengat lalat yang bersarang di dalam sebatang pokok tumbang di kawasan kebun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sebelum operasi dimulakan, ketua skuad memastikan anggota yang terlibat memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi menjamin keselamatan sepanjang operasi.

Katanya, operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan sarang penyengat berjaya dimusnahkan menggunakan teknik semburan racun serangga serta pembakaran.

Beliau berkata, sepanjang operasi dijalankan, tiada sebarang kemalangan atau insiden tidak diingini berlaku membabitkan anggota mahupun orang awam.

Sehubungan itu, Nur Athirah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kewujudan sarang serangga berbisa di kawasan kediaman atau kebun dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya menemui situasi yang boleh mengancam keselamatan.

Oleh Adi Safarman

Tuchel kekal jurulatih England untuk Euro 2028

ATLANTA, Georgia: Thomas Tuchel yang kini berdepan kritikan masih mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak (FA) selepas kekalahan mengecewakan England pada separuh akhir Piala