Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: 15 PPS dibuka di Sarawak untuk 1,097 mangsa
  • TEMPATAN

Banjir: 15 PPS dibuka di Sarawak untuk 1,097 mangsa

Utusan Sarawak 5 months ago

Keadaan di PPS Dewan Sukan Kidurong, Bintulu yang menempatkan 193 mangsa daripada 53 keluarga akibat banjir.

KUCHING: Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) yang terjejas akibat banjir meningkat berikutan hujan berterusan.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, sebanyak 15 PPS telah dibuka di lima bahagian di seluruh negeri ang melibatkan 1,097 mangsa.

“PPS di Bahagian Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 509 orang setakat 8.30 pagi tadi. 

“Setakat ini, sebanyak lapan PPS dibuka di Bahagian Serian,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dua PPS yang dibuka di Bahagian Bintulu menempatkan 143 mangsa dan di Bahagian Samarahan 73 mangsa. 

Selain itu, seramai 162 mangsa ditempatkan di dua PPS di Bahagian Kuching dan enam mangsa di PPS Bahagian Miri.

Continue Reading

Previous: Biskut ‘Made in Gedong’ mungkin jadi kenyataan dalam industri hiliran
Next: “Rumah saya pun terjejas tanah runtuh di Miri” – Lee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.